Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

Ruj : JPK/702/1/10 JLD 14 ( 18 )

Tarikh : 30 Julai 2018



Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan sentiasa mengambil berat tentang kualiti latihan kemahiran di Pusat Bertauliah di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Selaras dengan ini, Jabatan telah memutuskan supaya tiada lagi kelulusan pentauliahan program secara bersyarat akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2019.

Sehubungan itu, Penyedia Latihan Kemahiran / Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi semua kriteria pentauliahan program kerana tiada lagi kelulusan secara bersyarat akan diberikan selepas tarikh kuatkuasa.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

Panduan Pelaksanaan Majlis Graduasi Pusat Bertauliah Swasta Di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Perlaksanaan Latihan bagi NOSS PENGURUSAN KESELAMATAN PENGANGKUTAN JALAN (H492-001-3:2017)

Perlaksanaan Latihan bagi NOSS PENGURUSAN KESELAMATAN PENGANGKUTAN JALAN (H492-001-3:2017) DITANGGUHKAN sehingga dimaklumkan.

Pemakluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 3/2018 Daripada 31 Ogos 2018 Kepada 28 September 2018 Bagi Pusat Bertauliah(PB) Yang Telah Menerima Kuota Pinjaman Pelatih Daripada PTPK

Pemakluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 3/2018 Daripada 31Ogos 2018 Kepada 28 September 2018 Bagi Pusat Bertauliah(PB) Yang Telah Menerima Kuota Pinjaman Pelatih Daripada PTPK

Ruj      : JPK/700/Jld.43 / 1 (    31   )

Tarikh :      29     Ogos 201 8

Salam Kemahiran,

 2.    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan memutuskan tarikh pendaftaran pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi sesi pengambilan ketiga (Sesi 3/2018) yangdijadualkan berakhir pada 31Ogos 2018 untuk dilanjutkan kepada 28 September 2018 bagi PB yang telah menerima kuota pinjaman pelatih daripada PTPK sahaja.

 

3.     Pelanjutan ini adalah bagi tujuan proses pembayaran pendaftaran pelatih kepada JPK . Walaubagaimanapun, tarikh mula latihan mestilah dalam tempoh 1 Julai 2018 sehingga 31Ogos 2018 .

 

 4.     Bagi tujuan tersebut, PB hendaklah mengemukakan sesalinan surat kelulusan kuota pinjaman pelatih daripada PTPK semasa membuat pendaftaran dan pembayaran kepada JPK. Bagi PB yang gagal mengemukakan salinan surat kelulusan tersebut, permohonan pendaftaran pelatih akan ditolak.

 

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Jabatan Pembangunan Kemahiran,
  Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

save Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 3/2018

 

Untuk Makluman, Sistem eSPKM 2.0 Akan Ditutup Pada 6 September 2018 Berikutan Kerja-Kerja Naiktaraf Server Sistem Tersebut. Sistem Dijangka Boleh Dicapai Semula Pada 7 September 2018. Maaf Atas Segala Kesulitan.

Untuk Makluman, Sistem eSPKM 2.0 Akan Ditutup Pada 6 September 2018 Berikutan Kerja-Kerja Naiktaraf Server Sistem Tersebut. Sistem Dijangka Boleh Dicapai Semula Pada 7 September 2018. Maaf Atas Segala Kesulitan.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…