an
PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2010
Penganjuran Pertandingan Kemahiran Malaysia sebelum ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR)pada 13 September 1989. Pertandingan kali pertama diadakan di Changkat Pavillion, Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Jun 1990.Kini Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) mulai 2010.
Sebanyak sepuluh (10) bidang kemahiran akan dipertandingkan pada 2010 melibatkan bidang-bidang berikut :
Bil
|
Bidang Kemahiran |
Bil
|
Bidang Kemahiran |
1
|
Dandanan Rambut | 6 | Rekabentuk Laman Web |
2 | Teknologi Fesyen | 7 | Penyajian Makanan |
3 | Mekatronik | 8 | Masakan |
4 | Elektronik Industri | 9 | Penyelenggaraan Komputer dan Rangkaian |
5 | Rekabentuk Grafik | 10 | Kecantikan & Persolekan |
Penyertaan bagi pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur tidak melebihi 21 tahun. Mereka yang layak memohon adalah terdiri daripada :
- Pelatih di institusi latihan kemahiran awam / swasta
- Pekerja syarikat
- Calon persendirian.