Objektif:

Program ini adalah bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada wakil Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang terlibat dengan proses penyediaan dokumen permohonan untuk Pentauliahan Program Kemahiran berdasarkan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK). Program ini akan merangkumi prosedur permohonan, proses kerja, dasar, kriteria, standard dan juga khidmat nasihat sebelum PLK mengemukakan permohonan pentauliahan program kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Masa
: 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat

Bilik Dahlia, Aras 2, Jabatan Pembangunan Kemahiran 

  Blok 4803, Suite 0-10, CBD Perdana Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Jumlah peserta : Dihadkan kepada 20 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PLK
Bayaran

Tiada Bayaran Dikenakan.

  (Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PLK. JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan)


Jadual Program bagi sesi 3 hingga 10:

Siri
Tarikh
 Hari
3
 13 Mei 2015  Rabu
4 17 Jun 2015 Rabu
5 29 Julai 2015 Rabu
6 13 Ogos 2015 Khamis
7 10 September 2015 Khamis
8 8 Oktober 2015 Khamis
9 11 November 2015 Rabu
10 10 Disember 2015 Khamis

Wakil PLK yang berminat hendaklah mengisi Borang Penyertaan yang disertakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Nor Aini binti Abdullah di talian 03-8886 2311 atau e-mel noraini.a[at]mohr[dot]gov[dot]my.

icon document Borang Penyertaan (muat turun)

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…