Tarikh: 29 Ogos 2018
Syarat Tambahan Pentauliahan Program Kemahiran Bagi Pogram Noss Area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah memutuskan bagi pelaksanaan latihan kemahiran program NOSS area “Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial” melalui pusat bertauliah hendaklah juga merujuk kepada syarat tambahan personel pentauliahan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menetapkan syarat kepada sesiapa yang mengendalikan bahan refrigeran yang membahayakan alam sekeliling perlu mendapatkan Sijil Pentauliahan Juruteknik Servis bagi sektor penyejukbekuan dan penyaman udara (RAC). Sehubungan itu, syarat tambahan personel pentauliahan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
- Syarat Tambahan Personel Pentauliahan Bagi:
Pegawai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) perlu memiliki Sijil Pentauliahan Juruteknik Servis daripada JAS.
- Permohonan Pentauliahan Bagi :
Permohonan program baharu berkuatkuasa pada 1 September 2018.
Permohonan Pembaharuan Program berkuatkuasa pada 1 Jun 2019.
Sekian, harap maklum.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Muat Turun Dokumen
Senarai Pusat Latihan Bertauliah (ATC) Bagi Program Pentauliahan Juruteknik Servis (CSTP)