NILAI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerja dapat diwujudkan untuk rakyat tempatan tahun ini melalui kerjasama kementerian itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). 

 

Menterinya, Datuk Seri M Saravanan, berkata seiring dengan itu, lebih banyak program latihan kemahiran untuk rakyat atau warga kerja akan dilaksanakan bagi menghasilkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara.

"Sebanyak RM6.6 billion diperuntukan bagi tujuan ini dan saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Persekutuan Pusat-Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (FeMAC) kerana turut memainkan peranan menjayakan aspirasi kerajaan.

"Tambahan pula, kita dalam Program Jamin Kerja menyasarkan pengwujudan 600,000 peluang pekerjaan bagi 2022," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen FeMAC Zon Tengah yang menyaksikan 280 peserta menerima sijil dan diploma masing-masing di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, pihak industri perlu bersedia untuk membuat permotongan levi menerusi kementerian itu bagi faedah dan kepentingan warga kerja dengan menyediakan peruntukan khas bagi tujuan menyedia dan melaksanakan program latihan selaras keperluan masa hadapan khususnya Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

"Pihak industri harus sedar, pendidikan dan latihan yang diterima pekerja pada hari ini mungkin kurang relevan pada masa akan datang. Oleh itu setiap syarikat sama ada kecil atau besar mesti ada peruntukan khas untuk

"Pemotongan levi melalui kementerian ini adalah hak industri dan kita tak ambil (guna) duit itu, ia hanya sebagai simpanan dan mereka boleh ambil semula apabila hendak adakan program latihan kemahiran pekerja," katanya yang mengakui menghadapi kekangan susulan keengganan pihak industri melaksanakan pemotongan levi.

Terdahulu dalam ucapannya, Saravanan berkata, menjadi hasrat kerajaan agar lebih ramai lagi Keluarga Malaysia menikmati peluang dan manfaat latihan serta pensijilan kemahiran dan untuk itu, pelbagai pendekatan disusun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti latihan berorientasi industri, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

"Latihan ini boleh dilakukan mengikut kaedah secara sepenuh masa atau separuh masa di Pusat Bertauliah JPK. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran juga turut memberikan kemudahan pinjaman kepada mereka yang ingin mendapatkan latihan kemahiran, merangkumi yuran latihan, kos sara diri, pembelian komputer serta perbelanjaan pengangkutan," katanya.

warga kerja menjalani latihan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…