Panduan Pendaftaran Pelatih Bekuatkuasa 1 September 2020
Panduan Pendaftaran Pelatih Bekuatkuasa 1 September 2020
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah menguatkuasakan Panduan Pentauliahan Program Dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia - Pendaftaran Pelatih bermula 1 September 2020. Dengan berkuatkuasanya panduan ini, Panduan Dan Syarat Pendaftaran Pelatih Dalam Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bertarikh 1 Januari 2019 (JPK/700/74 (2) Pind. 1 (2018)) dan Panduan Pendaftaran Pelatih Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Pentauliahan 2012 bertarikh 1 April 2012 ( JPK/700/74 (2)) adalah terbatal.
Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan:
i. Panduan Pentauliahan Program Dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia - Pendaftaran Pelatih [JPK/700/74 Jld 1 ( 4 ) Pind. 1 (2020)] ii. Borang Senarai Semak Permohonan Pendaftaran Pelatih (JPK/PENDAFTARAN/01/P4)
Muat Turun Panduan & Borang