Pengecualian Khas Mengenai Pelaksanaan Tempoh Latihan Bagi Program-program Di Bawah Sub Sektor Pemandu Pelancong
Ruj : JPK/700/5/6 ( 2 )
Tarikh : 1hb April 2015
PENGECUALIAN KHAS MENGENAI PELAKSANAAN TEMPOH LATIHAN BAGI PROGRAM-PROGRAM DI BAWAH SUB SEKTOR PEMANDU PELANCONG
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah memutuskan program-program di bawah sub sektor Pemandu Pelancong diberi pengecualian khas bagi pelaksanaan tempoh latihan untuk tujuan penyelarasan dengan tempoh latihan yang ditetapkan oleh agensi perlesenan iaitu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ketetapan tempoh latihan ini adalah seperti di Jadual 1 berkuatkuasa 1hb April 2015.
Jadual 1: Tempoh latihan yang ditetapkan bagi program-program di bawah sub sektor Pemandu Pelancong.
Bil
|
Program
|
Tempoh yang Ditetapkan | |
Kod | Nama | ||
1 | HT-023-3:2012 | Pemandu Pelancong | 500 jam |
2 | HT-026-3:2013 | Pemandu Pelancong Khas Wilayah | 500 jam |
3 | HT-021-2 | Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat | 180 jam |
4 | Z-013 | Pakar Jurupandu Warisan Budaya | 80 jam |
5 | Z-009 | Core Abilities | Dikecualikan |
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia