World Skills Competition (WSC)
World Skills Competition (WSC ) adalah pertandingan peringkat antarabangsa dimana para belia dari seluruh negara bertanding bagi mencari peserta terbaik di dalam bidang masing-masing. Dahulunya dikenali sebagai Skills Olympics , pertandingan dwi-tahunan tersebut telah pertama kalinya diadakan di Sepanyol pada 1946 dan Malaysia mula menyertai World Skills Competition pada tahun 1993, iaitu WSC yang ke 32.
Pada hari ini, World Skills Competition disertai lebih 50 negara dengan pertandingan meliputi 45 pelbagai bidang kemahiran seperti Welding, Beauty Therapy, Floristry, Mechatronics dan sebagainya.
Melalui penyertaannya dalam World Skills Competition, SkillsMalaysia menyokong usaha kerajaan dalam Mengarusperdana Latihan Kemahiran bagi mencapai matlamat mengeluarkan tenaga kerja mahir negara seterusnya menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi.
London 2011
|
Leipzig 2013
|