Agensi Pembiayaan Latihan Persijilan Kemahiran Malaysia

SENARAI AGENSI PEMBIAYAAN LATIHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 

1) Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana pinjaman latihan kemahiran yang berterusan kepada pelatih/pekerja yang mengikuti latihan kemahiran berdasarkan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640). Had kelayakan pemohon adalah 15 tahun sehingga 50 tahun. Maklumat lanjut sila layari laman web : https://www.ptpk.gov.my/

logo ptpk2 
2) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp)

HRD Corp berfungsi sebagai one stop centre employment dan pusat pembangunan kemahiran bagi memberi peluang kepada kumpulan sasar seperti golongan menganggur, B40, warga emas, OKU dan banduan bagi mengikuti latihan kemahiran, latih kemahiran semula dan peningkatan kemahiran merentasi pelbagai perkhidmatan latihan, penempatan dan pembangunan kerjaya. Rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, umur, pendidikan dan industri boleh memanfaatkan perkhidmatan HRD Corp seperti HPC, NHRC, dan PENJANA HRD Corp. 

Maklumat lanjut sila layari laman web: https://hrdcorp.gov.my/

logo hrdf 
3) Talentcorp

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2011 dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik. 

Bagi melayari maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan sila layari laman sesawang berikut: https://www.talentcorp.com.my/

logo talentcorp 
4) PERKESO

Program Daya Kerjaya merupakan satu insentif kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 Mei 2023 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2023.

Program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar daripada kalangan :-

  • Individu/ belia yang lama menganggur;
  • Golongan mudah terjejas seperti orang asli, wanita, orang kurang upaya (OKU),

miskin tegar, individu diparol serta bekas banduan;

  • Graduan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional);
  • Lepasan sekolah.

Insentif yang diberikan adalah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk

majikan yang mengambil pekerja dari kumpulan sasar ini.

Sebarang pertanyaan lanjut sila layari laman sesawang https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/

logo perkeso 
5) Yayasan Peneraju Bumiputera (Melalui Program Peneraju Skil  & Peneraju Skil Iltizam)

Program Peneraju Skil dan Peneraju Skil Iltizam memberi fokus kepada pendidikan skil vokasional dan teknikal yang bersesuaian dengan permintaan industri melalui pensijilan diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya memberi peluang kepada tenaga kerja yang telah dilatih untuk menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi yang meliputi sektor seperti automotif, elektrik & elektronik, pembuatan, maritim, minyak & gas dan lain lain. Program-program tersebut mensasarkan semua golongan Bumiputera termasuk B40, M40, luar bandar, kumpulan terpinggir dan golongan bekerja/tidak bekerja dengan julat umur dari 18 hingga 45 tahun, tertakluk terma dan syarat. Sebarang pertanyaan lanjut sila layari laman sesawang https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/

yayasan peneraju 
6) TNB Reskilling Malaysia Program

Program TNB Reskilling Malaysia merupakan satu program bagi memperkasakan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan pemadanan peluang pekerjaaan kepada lepasan sekolah, graduan atau mereka yang diberhentikan. Selain itu, program ini juga membantu para majikan yang kekurangan pekerja berkemahiran dengan memberi tajaan penuh latihan kemahiran kepada pekerja yang diberi peluang bekerja ditempat mereka. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini sila layari laman sesawang https://tnbilsas.com.my/industry-employment-program/

ilsas
7) Agensi Zakat di bawah kerajaan Negeri dan Wilayah Persekutuan

Permohonan Bantuan Dermasiswa kepada Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang berdaftar agensi zakat negeri dan wilayah persekutuan. Jenis-jenis dan syarat kelayakan bantuan adalah tertakluk kepada agensi zakat negeri masing-masing. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan ini sila layari laman sesawang berikut:

table zakat

** Maklumat berkaitan agensi zakat negeri yang lain akan dikemaskini dari masa ke semasa.

lembaga zakat
8) Jabatan Tenaga Manusia (JTM)

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) telah ditubuhkan pada tahun 1967 bagi menyediakan dan menjalankan latihan kemahiran pra pekerjaan untuk memenuhi keperluan industri di Malaysia. JTM juga menyediakan dan menjalankan latihan bagi meningkatkan kemahiran pekerja di industri. Pada masa kini terdapat 33 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 24 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Sebarang maklumat lanjut sila layari sesawang www.jtm.gov.my.

logo jtm 
9) Institut Latihan Kementerian Belia & Sukan

Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)  di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditubuhkan bagi menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia melalui pelbagai pendekatan. Fungsi ILKBS juga melahirkan tenaga mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan Negara. Pada masa kini terdapat 22 ILKBS di Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan latihan yang ditawarkan boleh layari laman sesawang www.kbs.gov.my.

logo kbs 
10) GIATMARA

GIATMARA merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad. Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah MARA, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. Bajet menguruskan operasi GIATMARA dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui peruntukan yang disalurkan menerusi MARA.

Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & IT, Fabrik, Elektronik/ Mekatronik, Kulinari, Hairdressing & Cosmetology dan Hospitaliti. Maklumat lanjut sila layari https://giatmara.edu.my/

logo talentcorp 

  

 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…