Surat Pekeliling Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Berkaitan Garis Panduan Pengiklanan
Semua Pengurus
Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran
Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
BIL. 1/2015:
Garis Panduan Pengiklanan Pusat Bertauliah
Di Bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
____________________________________________________________________________________________________________________
Dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652), semua penyedia latihan kemahiran yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia sebagai Pusat Bertauliah Sistem Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta tersebut.
2. Surat pekeliling ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Pengiklanan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk merangkumi kuasa larangan dan kawalan pengiklanan di Pusat Bertauliah seperti yang termaktub di bawah Seksyen 53 dan 54 Akta 652.
3. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Bil. 1/2015 berkaitan Garis Panduan Pengiklanan ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2015.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi”
(DATUK DR. PANG CHAU LEONG)
Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Muat turun Surat
Surat Pekeliling Berkaitan Garis Panduan Pengiklanan Bil 1/2015