Bahagian Standard Pekerjaan & Kurikulum TVET (SPKTVET)
Bahagian Standard Pekerjaan & Kurikulum TVET (BSPKTVET) yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) terbahagi kepada 4 unit iaitu:
1) Unit Pengurusan Kerangka Pekerjaan.
- Mengurus pembangunan OF dalaman -baharu/ kaji semula;
- Mengurus pembangunan OF secara luaran –baharu/kaji semula;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Penyelidik; Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf OF;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel OF (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan OF dalaman dan luaran;
- Mengurus mesyuarat JTDOF;
- Mengurus mesyuarat JTPOF;
- Mengurus edaran OF kepada pemegang taruh (stakeholder)/ agensi berkaitan;
- Mengurus rundingan atau permohonan pembangunan Kerangka Pekerjaan (OF), Standard (NOSS atau NCS), samada permohonan baharu atau kaji semula;
- Mengurus penentuan tajuk pekerjaan bagi pembangunan NOSS;
- Mengurus peningkatan kualiti bagi fasilitator;
- Mengurus dan merancang aktiviti perakuan dokumen NOSS dan perlantikan ahli Jawatankuasa Teknikal Standard (JTS);
- Mengurus pengkodan setiap NOSS selepas pengesahan pada peringkat MPKK;
- Mengurus dan mengawal selia data statistik & daftar NOSS;
- Mengurus pendaftaran MyIPO untuk dokumen NOSS; dan
- Mengurus Perolehan OF.
2) Unit Pengurusan Standard
- Mengurus pembangunan NOSS dalaman -baharu/ kaji semula;
- Mengurus pembangunan NOSS secara luaran –baharu/kaji semula;
- Mengurus pembangunan NOSS ILB –baharu/kaji semula;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf NOSS;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel NOSS (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan NOSS dalaman, luaran dan ILB;
- Mengurus mesyuarat JTPS;
- Merancang dan memastikan NOSS yang lengkap disediakan bagi keperluan JTS;
- Mengurus khidmat nasihat dan bimbingan berkenaan Standard;
- Mengurus dan mengemaskini NOSS di dalam sistem MySPIKE selepas kelulusan dalam MPKK; dan
- Mengurus Perolehan NOSS.
3) Unit Pengurusan Kurikulum
- Mengurus pembangunan WIM secara dalaman;
- Mengurus pembangunan WIM secara luaran;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan Fasilitator, dokumentator dan pembaca pruf WIM;
- Mengenalpasti dan mengawal selia pemilihan panel WIM (pembangun & Penilai);
- Memantau pembangunan WIM luaran;
- Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (JTPBPP);
- Merancang dan memastikan WIM yang lengkap dan memenuhi NOSS disediakan bagi keperluan JTBPP;
- Mengurus dan mengemaskini Bahan Pengajaran & Pembelajaran dalam MySpike (eWIM);
- Mengurus pengedaran WIM kepada pelanggan;
- Menyelaras program Khidmat Nasihat Pembangunan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Berdasarkan COPTPA kepada Pusat Bertauliah; dan
- Mengurus Perolehan WIM.
4) Unit Pengurusan Soalan dan Penilaian
- Mengurus pembangunan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran;
- Mengurus pemilihan Fasilitator, dokumentor dan pembaca pruf bagi soalan serta pemilihan panel Soalan (Pembangun & Penilai);
- Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengesah Soalan (JKTPS);
- Mengurus dan mengemaskini soalan di dalam modul TVET Integrated Assessement (TIA), MySPIKE;
- Mengurus pemurnian dan pengesahan soalan pusat bertauliah dalam modul TIA;Bertanggungjawab terhadap modul TIA (soalan);
- Mengurus perolehan semua aktiviti berkaitan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran; dan
- Melaksanakan kajiselidik kebolehlaksanaan soalan penilaian latihan kemahiran yang telah dibangunkan oleh JPK di pusat bertauliah