Pelupusan Borang Permohonan Persijilan Melalui Kaedah PPT
"Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam melaksanakan aktiviti mengemaskini dokumen permohonan persijilan kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sehubungan itu, semua permohonan berkaitan permohonan sijil gantian (sijil rosak/sijil silap cetak) bagi pemegang sijil SKM/DKM/DLKM tahun 2015 ke bawah perlu dikemukakan sebelum 30 Jun 2018 berserta borang sijil gantian dan borang persijilan PPT beserta bayaran (RM 55.00 dalam bentuk bank deraf atas nama 'Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran' kepada Cawangan PPT untuk semakan dan di proses."