Bahagian Pentauliahan
Bahagian Pentauliahan terbahagi kepada 3 unit iaitu :-
1) Unit Pentauliahan SLaPB
- Mengurus dan menyelaras aktiviti pentauliahan SLaPB bagi penyedia Latihan kemahiran awam dan swasta di bawah Akta 652 melibatkan 13 negeri (1500 PB, 6000 program).
- Semakan dokumen pentauliahan SLaPB,berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO (PB Baharu dan Pembaharuan Program).
- Menguruskan dokumen pentauliahan PB Baharu dan Pembaharuan Program untuk semakan Audit Dalaman dan Luaran ISO.
- Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan SLaPB
- Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan SLaPB.
- Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan PB SLaPB.
- Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan PB SLaPB
- Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan SLaPB.Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan PB SLaPB
- Merancang dan menyelaras keperluan system pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan PB SLaPB
- Mengurus Mesyuarat Pra Jawatankuasa Teknikal.
- Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat.
- Mengurus, melantik panel dan mengadakan bengkel pemetaan Kurikulum bagi pentauliahan induk agensi awam.
2) Unit Pentauliahan SLDN
- Menyelaras dan menguruskan aktiviti pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah SLDN (Pusat Latihan dan Syarikat) di bawah Akta 652 melibatkan 13 negeri (1600 PB, 4000 program).
- Menyelaras dan menyemak dokumen pentauliahan SLDN, berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO (PB Baharu dan Penambahan Program).
- Menguruskan dokumen pentauliahan PB Baharu dan Penambahan Program untuk semakan Audit Dalaman dan Luaran ISO.
- Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan SLDN.
- Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan SLDN.
- Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan SLDN.
- Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan SLDN.
- Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan SLDN.
- Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan SLDN.Merancang dan menyelaras keperluan sistem pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan SLDN.
- Mengurus Mesyuarat Pra Jawatankuasa Teknikal.
- Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat.
3) Unit Pentauliahan (Penyelarasan Dan Bimbingan)
- Menggubal polisi, dasar dan peraturan berkaitan pentauliahan berdasarkan Akta 652.
- Mengendalikan khidmat runding kepada penyedia latihan/agensi/ industri/ individu.
- Menyelaras data dan statistik berkaitan pentauliahan.Menyelaras kerjasama dalam dan luar negara berkaitan operasi pentauliahan.
- Merancang dan menyelaras peruntukan mengurus, amanah dan pembangunan berkaitan pentauliahan.
- Mengurus dan menyelaras aktiviti pentauliahan PB Antarabangsa
- Mengurus dokumen pentauliahan NDT berdasarkan panduan yang sedang berkuatkuasa dan prosedur kualiti ISO.
- Mengurus dan menyelaras lantikan pegawai penentusahan pentauliahan PB Antarabangsa.
- Mengurus tuntutan personel yang dilantik berkaitan pentauliahan PB Antarabangsa.
- Mengurus, menyelaras dan mengendalikan bimbingan berkaitan aktiviti pentauliahan PB Antarabangsa
- Mengurus permohonan pindaan maklumat personel pentauliahan PB Antarabangsa
- Mengurus program pemantapan panel penilaian pentauliahan PB Antarabangsa
- Menyediakan maklumbalas berkaitan aduan dan isu-isu pentauliahan PB Antarabangsa
- Merancang dan menyelaras keperluan sistem pengurusan maklumat berkaitan pentauliahan PB Antarabangsa,
- Menyediakan dokumen lengkap untuk Mesyuarat Pra dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
- Menguruskan pemakluman keputusan mesyuarat PB Antarabangsa
- Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.