Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK)
Bahagian Persijilan Kompetensi (BPK) terbahagi kepada dua (2) cawangan iaitu Cawangan Penilaian Kompetensi dan Cawangan Persijilan. Setiap cawangan mempunyai unit di bawahnya seperti berikut :
Cawangan Penilaian Kompetensi
i) Unit Penilaian Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB)
- Mengurus permohonan verifikasi PPL yang dikemukakan oleh PB SLaPB.
- Mengurus penugasan PPL SLaPB bagi tujuan verifikasi dan penilaian akhir.
- Menyelaras dan mengendalikan bimbingan pelaksanaan latihan dan penilaian kepada PB SLaPB.
- Memantau pelaksanaan latihan PB SLaPB mengikut polisi dan dasar yang sedang berkuatkuasa.
- Mengurus dan menyelaras program pemantapan personel SLaPB (PP/PPD/PPL/PPB).
- Mengurus pemantauan pelatih antarabangsa SLaPB
ii) Unit Penilaian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
- Mengurus permohonan verifikasi PPL yang dikemukakan oleh PB SLDN.
- Mengurus pelantikan PPL SLDN bagi tujuan verifikasi dan penilaian akhir.
- Menyelaras dan mengendalikan bimbingan pelaksanaan latihan dan penilaian kepada PB SLDN.
- Memantau pelaksanaan latihan PB SLDN mengikut polisi dan dasar yang sedang berkuatkuasa.
- Mengurus dan menyelaras program pemantapan personel SLDN (Coach/ Pengajar/ Penyelaras/PPL).
- Menguruskan pelaksanaan program SLDN berinsentif.
Cawangan Persijilan
i) Unit Ujian Tanpa Musnah (NDT)
- Mengurus dan menyelaras pelantikan dan penugasan personel peperiksaan NDT (ketua pemeriksa, pemeriksa, penyelia dan pembantu bengkel)
- Mengurus dan memantau pelaksanaan sesi peperiksaan NDT.
- Mengurus pemantapan personel NDT
- Mengurus pengiktirafan ISO 17024 dan ISO 9712 termasuk audit dalaman dan luaran.
- Mengurus bank soalan peperiksaan NDT.
- Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Keputusan Peperiksaan NDT.
- Mengurus pengiktirafan SPKM NDT dalam dan luar negara.
- Mengurus rekod personel peperiksaan dan calon NDT.
ii) Unit Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
- Mengurus penugasan PP-PPT.
- Mengurus penugasan PPL-PPT.
- Mengurus dan menyelaras dokumen persijilan.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan penilaian dan verifikasi PPT.
iii) Unit Pendaftaran
- Mengurus dan menyelaras urusan pendaftaran pelatih/perantis/ calon bagi SLaPB, SLDN dan NDT.
- Mengurus dan menyelaras permohonan pindaan maklumat pelatih/perantis/calon bagi SLaPB, SLDN dan NDT (berhenti, tangguh latihan, pindah PB).
- Mengurus dan menyelaras pengesahan ulang nilai pelatih/perantis/calon bagi SLaPB, SLDN dan NDT.
- Mengurus dan menyelaras aktiviti pendaftaran agensi penyelaras, PPA dan calon PPT.
iv) Unit Persijilan
- Mengurus penyediaan data bagi mesyuarat JPPS
- Mengurus pengeluaran sijil SLaPB, SLDN, PPT & NDT.
- Mengurus kemaskini data persijilan untuk cetakan selepas JPPS
- Mengurus permohonan sijil ganti
- Mengurus perolehan perkhidmatan mencetak sijil
- Mengurus aduan dan pertanyaan pelanggan