Program Bimbingan Pentauliahan
Program ini adalah bertujuan untukmemberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada wakil Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang terlibat dengan proses penyediaan dokumen permohonan untuk Pentauliahan Program Kemahiran berdasarkan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK). Klinik ini akan merangkumi prosedur permohonan, proses kerja, dasar, kriteria, standard dan juga khidmat nasihat sebelum PLK mengemukakan permohonan pentauliahan program kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program Bimbingan Pentauliahan siri kedua untuk tahun 2015 akan dijalankan seperti maklumat berikut :
Tempat
|
:
|
Bilik Mesyuarat Dahlia, Aras 2 Jabatan Pembangunan Kemahiran Blok 4803, Suite 0-10, CBD Perdana Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya Selangor (Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
|
Tarikh
Masa
|
:
: |
11 Mac 2015
9.00 pagi - 2.00 petang
|
Jumlah peserta
|
:
|
Dihadkan kepada 20 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PLK
|
Bayaran
|
:
|
Tiada Bayaran Dikenakan. (Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PLK. JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan)
|
Wakil PLK yang berminat hendaklah mengisi Borang Penyertaan Program Bimbingan Pentauliahanyang disertakan. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah di fakskan ke 03-8889 2430 atau email kepada pegawai penyelaras berikut:
Nor Aini binti Abdullah |
|
No. Tel : 03-8886 2311 |
|
Email : noraini.a @mohr.gov.my |
|
|
|
Sesi Program Bimbingan Pentauliahanberikutnyaakan dimaklumkan kemudian.
Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pegawai penyelaras tersebut.
Borang Penyertaan (muat turun)