Program Bimbingan Pentauliahan 2015 - sesi 3 hingga 10
Objektif:
Program ini adalah bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada wakil Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang terlibat dengan proses penyediaan dokumen permohonan untuk Pentauliahan Program Kemahiran berdasarkan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK). Program ini akan merangkumi prosedur permohonan, proses kerja, dasar, kriteria, standard dan juga khidmat nasihat sebelum PLK mengemukakan permohonan pentauliahan program kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Masa
|
: 8.30 pagi - 1.00 petang |
Tempat
|
: Bilik Dahlia, Aras 2, Jabatan Pembangunan Kemahiran Blok 4803, Suite 0-10, CBD Perdana Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Jumlah peserta | : Dihadkan kepada 20 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PLK |
Bayaran |
: Tiada Bayaran Dikenakan. (Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PLK. JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan) |
Jadual Program bagi sesi 3 hingga 10:
Siri
|
Tarikh
|
Hari
|
3
|
13 Mei 2015 | Rabu |
4 | 17 Jun 2015 | Rabu |
5 | 29 Julai 2015 | Rabu |
6 | 13 Ogos 2015 | Khamis |
7 | 10 September 2015 | Khamis |
8 | 8 Oktober 2015 | Khamis |
9 | 11 November 2015 | Rabu |
10 | 10 Disember 2015 | Khamis |
Wakil PLK yang berminat hendaklah mengisi Borang Penyertaan yang disertakan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Nor Aini binti Abdullah di talian 03-8886 2311 atau e-mel noraini.a[at]mohr[dot]gov[dot]my.
Borang Penyertaan (muat turun)