Soalan Lazim NOSS
Pembangunan NOSS
1. | Apakah yang dimaksudkan dengan NOSS? | ||||||||||||||||
National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) adalah dokumen yang menggariskan kompetensi minimum yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai kompetensi tersebut. Kompetensi yang diklusterkan dalam setiap NOSS dikenali sebagai Unit Kompetensi atau Competency Unit (CU). | |||||||||||||||||
2. | Apakah yang dimaksudkan dengan National Competency Standard (NCS)? | ||||||||||||||||
National Competency Standard (NCS) atau Standard Keterampilan Kebangsaan (SKK) adalah dokumen yang menggariskan satu kompetensi yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang pekerjaan. Ia boleh merentasi beberapa sektor atau bidang pekerjaan yang berkaitan serta tidak mempunyai tahap tertentu. | |||||||||||||||||
3. | Apakah Ciri-ciri di antara NOSS dan NCS? | ||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
4. | Apakah yang dimaksudkan dengan Core Abilities? | ||||||||||||||||
Core Abilities (CA) yang menggariskan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan. Salah satu fungsi Core Abilities adalah nilai tambah kepada keperluan latihan berasaskan NOSS. Bagi tujuan pelaksanaan program Core Abilities yang lebih efektif, boleh merujuk kepada Panduan Pelaksanaan NCS-Core Abilities (JPK/07/NCS-CORE ABILITIES (P1)). |
|||||||||||||||||
5. | Bagaimanakah cara memohon cadangan pembangunan NOSS? | ||||||||||||||||
Cadangan pembangunan NOSS boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dengan mengisi Borang Cadangan Pembangunan NOSS (JPK/NOSS/1008) yang boleh dimuatnaik di URL https://www.dsd.gov.my/jpkv4/index.php/my/panduan-dan-borang-noss | |||||||||||||||||
6. | Siapakah yang terlibat dalam pembangunan NOSS? | ||||||||||||||||
NOSS dibangunkan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang mempraktikkan pekerjaan berasaskan keperluan industri dan mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan. | |||||||||||||||||
Pembelian NOSS
1. | Bagaimanakah cara untuk mendapatkan set soalan penilaian akhir pengetahuan dan prestasi daripada JPK? | |
Set soalan penilaian akhir pengetahuan dan prestasi boleh diperolehi melalui permohonan kepada Pengarah Bahagian Malaysian Occupational Skill Qualification (MOSQ). | ||
2. | Bagaimanakah cara mendapatkan WIM (Written Instructional Materials)? | |
WIM boleh diperolehi di kaunter pejabat JPK Cyberjaya (Bahagian NOSS) dengan menyertakan surat permohonan lengkap beserta nama Pusat Bertauliah (PB) / Pusat Latihan (PL) kepada Pengarah Bahagian NOSS dengan membawa bersama pendrive. | ||
3. | Bagaimanakah cara memohon pembangunan WIM atau Soalan? | |
Permohonan boleh dikemukan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran secara surat atau email. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja. | ||
Pembayaran (Kewangan)
1. | Bilakah waktu operasi bagi Kaunter Pembayaran (Kewangan) beroperasi? | ||||||||||||||||||||||||||||
Kaunter Pembayaran (Kewangan) beroperasi pada hari bekerja kecuali cuti umum. Masa operasi adalah seperti perincian di bawah dan tutup pada waktu rehat. Jadual 1
|
|||||||||||||||||||||||||||||