Soalan Lazim Persijilan
Persijilan
1. | Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kehilangan sijil SKM? | |
Sekiranya berlaku kehilangan sijil, sila isikan borang JPK/S/PERSIJILAN/01 yang boleh diperolehi daripada laman web JPK dan kemukakan dokumen-dokumen berikut (ASAL) untuk mendapatkan salinan SKM:
|
||
2. | Apakah faedah mengikuti Persijilan Kemahiran Malaysia? | |
1. Diiktiraf oleh industri di Malaysia; 2. Memberi suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik; dan 3. Berupaya melahirkan pekerja mahir terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing Negara di pasaran dunia. |
||
3. | Bagaimanakah struktur Persijilan Kemahiran Malaysia? | |
Terbahagi kepada 5 tahap seperti berikut :
|
||
4. | Apakah kaedah untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia? | |
3 kaedah iaitu:
|
||
5. | Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sijil SKM belum diterima dari Pusat Bertauliah sedangkan Pusat Bertauliah tersebut telah ditutup? | |
Sila kemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sertakan bukti kehadiran semasa pengajian di Pusat Bertauliah berkenaan berserta portfolio pelatih. | ||
6. | Bagi permohonan pengeluaran SKM, apakah borang yang digunakan? | |
Gunakan borang JPK/P3 /T1003. | ||
7. | Bolehkah projek sedia ada (lama) digunapakai kembali untuk projek persijilan DKM & DLKM | |
TIDAK BOLEH. Setiap projek DKM/DLKM adalah projek baru. | ||
8. | Saya memiliki SKM Peringkat Asas. Bolehkah saya mengikuti latihan untuk SKM Tahap 2 tanpa mendapatkan SKM Tahap1? | |
Boleh dengan syarat permohonan bagi kemahiran yang sama. SKM Asas adalah dianggap bersamaan dengan SKM Tahap 1. | ||
9. | Bolehkah saya mendapatkan sijil SKM yang dicetak dalam Bahasa Inggeris? | |
BSKM hanya boleh dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia. Walaubagaimanapun, versi Bahasa Inggeris boleh dikeluarkan atas permintaan. Permohonan hendaklah secara bertulis kepada Bahagian MOSQ. |