Soalan Lazim “Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) & Soalan Penilaian Latihan Kemahiran”.
1. |
Bagaimanakah cara mendapatkan Written Instructional Materials (WIM)? a) Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) perlu membuat semakan terhadap senarai Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) terkini yang telah dibangunkan oleh JPK melalui capaian berikut: https://www.dsd.gov.my/index.php/perkhidmatan/standard-kemahiran-pekerjaan-kebangsaan-noss pada menu "Senarai WIM Yang Telah Dibangunkan" atau b) Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) / Pusat Bertauliah (PB) boleh mendapatkan WIM bagi program seperti disenaraikan dengan 3 kaedah iaitu:
WIM INI TIDAK BOLEH DIJUAL. |
|
2. |
Bagaimanakah cara memohon pembangunan WIM? Permohonan boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) secara surat atau email. |
|
3. |
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan tatacara atau kaedah membangunkan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran (SPLK) berdasarkan NOSS dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)? Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET (SPKTEVT) melalui surat atau email. |