Notis Pemberitahuan : Penggunaan Borang Aduan Pengguna Dan Pelanggan JPK Melalui Sistem MySPIKE 

manual aduan

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan ini telah menyediakan Borang Aduan Pengguna dan pelanggan JPK di dalam Sistem MySPIKE bagi memudahkan pengguna sistem menghantar pertanyaan dan aduan masalah kepada pegawai mengikut kategori aduan yang telah disediakan. Penyelaras Pusat Bertauliah dan Personel diminta untuk menghantar aduan hanya menggunakan satu medium sahaja iaitu melalui borang aduan pelanggan di dalam Sistem MySPIKE. Penyelaras Pusat Bertauliah dan Personel boleh akses borang berkenaan melalui menu Pengguna -> Pelanggan JPK -> Aduan Pengguna selepas pengguna log masuk ke dalam Sistem MySPIKE.  Antara kategori aduan yang telah disediakan adalah :

 

  1. Akaun Pengguna
  2. Perakuan Personel Pentauliahan (PP, PPD, Coach, P-SLDN, PPB-SLDN, PPL-SLaPB, PP-PPT dan PPL-SLDN)
  3. SLaPB-Pendaftaran
  4. SLaPB-Pentauliahan & Verifikasi
  5. SLaPB-Persijilan
  6. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
  7. Penarafan Bintang (Star Rating)
  8. Kewangan
  9. Panel - Personel Penilaian & Verifikasi (PPV)
  10. Fasilitator & CUDBAS
  11. Pemantauan & Penguatkuasaan
  12. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
  13. Penajaan
  14. Kursus Induksi Pentauliahan
  15. Induksi SLDN
  16. Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP)
  17. National Occupational Skills Standard (NOSS) 

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Dan Cabaran Budaya Norma Baharu”

 

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

 

19 November 2020

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…