Buku panduan pembangunan bagi Kerangka Pekerjaan (OF), Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) dan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran
Ruj : JPK 6/3/1 ( 30 )
Tarikh : 18 Ogos 2021
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian NOSS telah menghasilkan buku panduan pembangunan bagi Kerangka Pekerjaan (Occupational Framework, OF), Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS), Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials, WIM) dan Soalan Penilaian Latihan Kemahiran.
Buku-buku panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 dan mana-mana panduan, garis panduan, kaedah dan tatacara pembangunan terdahulu adalah dibatalkan kecuali ada dinyatakan di dalam Buku Panduan.
Semoga buku-buku panduan ini dapat dijadikan rujukan dan memberi manfaat dalam meningkatkan keupayaan industri latihan kemahiran di negara kita.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat"
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia