Pemakluman Pengindorsan Duti Setem Perjanjian Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Plus Oleh Pusat Latihan SLDN

 

logo jata negara png 6

 

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

PEMAKLUMAN TERKINI


BERKENAAN PENGINDORSAN DUTI SETEM PERJANJIAN PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) PLUS OLEH PUSAT LATIHAN SLDN

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Latihan (PL) Swasta yang ditawarkan melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Plus di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dikehendaki menyediakan perjanjian pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Plus di antara pihak Kerajaan dan Pusat Latihan. Perjanjian yang disediakan juga perlu ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan disempurnakan pengindorsan duti setem. Seterusnya, dokumen perjanjian yang telah dibuat pengindorsan duti setem perlu disediakan semasa mengemukakan tuntutan insentif ke-2.

2. Justeru, bagi mempercepatkan proses menyempurnakan pengindorsan duti setem dokumen Perjanjian Program SLDN Plus ini dan mengatasi kekangan urusan semasa tempoh pandemik, Pusat Latihan disarankan melaksanakan pengindorsan duti setem secara dalam talian melalui sistem STAMPS. Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah pendaftaran Pusat Latihan, proses pengindorsan duti setem kontrak sehingga pengeluaran Sijil setem boleh dirujuk di portal STAMPS melalui pautan berikut: 

                                      https://stamps.hasil.gov.my/stamps/

 

Empat (4) perkara yang perlu dimuatnaik dalam bentuk pdf semasa proses penyeteman melalui sistem adalah:

a. Muka hadapan kontrak perjanjian
b. Muka surat perjanjian yang bertandatangan
c. Surat Tawaran Program SLDN Plus
d. Surat iringan KPPK (pengecualian duti setem dari pihak LHDN).

Sekian, terima kasih.

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

17 Ogos 2021

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…