[BERNAMA] Skills Job Fair 2017 Tawar 5,000 Peluang Pekerjaan

Bernama, 11 Ogos 2017

 

KUALA LUMPUR, - Program Skills Job Fair sempena Karnival Skills Malaysia Zon Tengah 2017 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam, Selangor bermula Sabtu ini, menawarkan 5,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia Paeza Rosdi berkata sebanyak 3,607 peluang kerjaya ditawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah, 1,378 peluang pekerjaan untuk lulusan diploma dan ijazah serta 358 kekosongan untuk Sijil Kemahiran Malaysia.

"Program itu menghimpunkan kira-kira 60 majikan pelbagai industri termasuk daripada sektor perhotelan, industri halal, industri tenaga, automotif, maritim, minyak dan gas serta teknologi maklumat."Temu duga terbuka akan diadakan sepanjang karnival berlangsung dan pencari kerja diminta bersedia dengan membawa sijil kelulusan akademik, resume serta memakai pakaian yang bersesuaian," katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.Menurut Paeza, industri elektrik dan elektronik menawarkan paling banyak peluang pekerjaan iaitu sebanyak 1,772 kekosongan jawatan pelbagai peringkat kelayakan.

Program tiga hari itu merupakan jalinan kerjasama antara agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kementerian sentiasa membantu pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian menerusi pelbagai saluran antaranya Pusat Jobs Malaysia (JMC) yang kini berada di 15 lokasi di seluruh Malaysia.

"Setiap dua minggu sekali JMC di seluruh negara akan mengadakan aktiviti temu duga terbuka. Selain daripada penganjuran program Skills Job Fair ini, JMC akan mengadakan beberapa karnival kerjaya yang lain antaranya Hari Kerjaya Kebangsaan Train Ride & Kembara Kerjaya 2017 bagi Zon Selatan, Sabah dan Sarawak yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos ini," katanya.Selain itu, JMC juga akan mengadakan karnival kerjaya sempena Persidangan 1Pesara pada 15 dan 16 Ogos ini, seterusnya Job Fair @UTC 3.0 yang dijangka pada September 2017.

Maklumat lanjut mengenai peluang kerjaya boleh diperoleh dengan melayari portal rasmi Jobs Malaysia di pautan Jobsmalaysia.gov.my atau menerusi laman Facebook rasmi https://www.facebook.com JobsMalaysia.gov.my/.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…