Kepada Semua Pusat Bertauliah Yang Berdaftar Dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran
MAKLUMAN BERKAITAN PEMBATALAN PENGGUNAAN BORANG JPK/P4(T1003) - NOSS BARU (PINDAAN 5)
Dimaklumkan bahawa BORANG PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN SIJIL (JPK/P4(T1003) - NOSS BARU (PINDAAN 5)) TIDAK lagi digunakan bermula 16 Jun 2015.
Oleh yang demikian, Pusat Bertauliah tidak dibenarkan menggunakan borang tersebut bagi sesi penilaian yang dijalankan selepas 16 Jun 2015.
Borang Pendaftaran dan pengeluaran sijil yang sedang dikuatkuasa adalah seperti berikut:
1. JPK/P4(T1003)-T1
2. JPK/P4(T1003)-T2T3
3. JPK/P5(T1003)-T4T5
4. JPK/P5(T1003)-MOTAC
5. JPK/P4(T1003)-VTO
6. JPK/P4(T1003)-NCS
7. JPK/P5(T1003)-SINGLE TIER
Rujuk link berikut untuk muat turun dokumen : http://aidansoftware.com/client/jpk/new-portal/index.php/my/perkhidmatan/persijilan
Sekian, Terima Kasih.