Kajian Pengesanan (Tracer study) bagi pemenang-pemenang Pertandingan Kemahiran pada tahun 2008 hingga 2011
Kajian Pengesanan (tracer study) bagi pemenang-pemenang Pertandingan Kemahiran pada tahun 2008 hingga 2011.
Pengenalan:
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan menyelaras pertandingan kemahiran di Malaysia bermula pada tahun 2010 dibawah Majlis Petandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) yang dipengerusikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. MPKM dianggotai oleh pelbagai wakil agensi kemahiran di Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan serta mengarusperdanakan latihan kemahiran di Malaysia. Di bawah keputusan MPKM , jabatan telah dipertanggungjawab supaya membuat pengesanan kepada bekas-bekas pemenang pertandingan kemahiran yang telah dilaksanakan di Malaysia bagi mengenalpasti kebolehupayaan pekerjaan, keberkesanan pertandingan, dan lain-lain yang berkaitan untuk tujuan penambahbaikan bagi mencapai visi menjadi peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.
Tujuan Kajian:
Mengenal pasti kebolehpekerjaan peserta yang merangkumi;
- Kajian pasaran pekerjaan
- Bidang kemahiran
- Tempoh masa mendapat pekerjaan
- Status peningkatan kemahiran
- Sambutan industri terhadap pengiktirafan yang diberikan
Skop kajian:
Kajian melibatkan;
1. Kajian dilaksanakan kepada pemenang-pemenang pertandingan kemahiran yang jalankan merangkumi;
- Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM)
- Pertandingan MySkills
- Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN (ASC)
- Pertandingan MySkills ASEAN
- Pertandingan Kemahiran(WSC)
2. Kajian terhadap bekas-bekas pemenang pingat :
- Emas , Perak, Gangsa
- Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri
- Best of Nation, Sijil Penyertaan, Diploma of Excellent
3. Tempoh kajian adalah bagi bekas-bekas pemenang pertandingan kemahiran bermula pada tahun 2008 hingga tahun 2011.